Moyan Metropolitan City

Moyan Metropolitan City adalah merupakan kawasan kompleks bandar metropolitan bersepadu yang akan dilaksanakan projek pembangunan serta pembinaannya di kawasan Moyan, Batu Kawah, Kuching, Sarawak. Diinspirasikan daripada pembangunan kawasan perbandaran besar Subang Jaya di negeri Selangor, Moyan Metropolitan City merupakan kawasan bandar metropolitan baharu di Batu Kawah, Kuching yang lebih strategik, sejahtera, selamat, aman dan harmoni, selaras dengan matlamat pembangunan menyeluruh negeri Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).